Sekolah Kebangsaan Pendang sehingga kini telah ditadbir dengan jaya dan cemerlangnya sehingga kini oleh 8 orang Guru Besar.
Guru Besar-guru besar yang lalu dapat menjalankan tugas dengan cemerlang sehingga dapat melahirkan golongan murid yang berilmu dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah khususnya dan nama daerah Pendang amnya.
Kecemerlangan pentadbir sekolah ini, juga telah berjaya melahirkan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah, yang merupakan bekas Guru Besar Sekolah ini, iaitu Datuk Saari.
Kini, masa silih berganti, Sekolah Kebangsaan Pendang kini sedang ditadbir oleh seorang Guru Besar yang tidak kurang hebatnya. Beliau merupakan bekas pelajar cemerlang SM Alam Shah. Kecemerlangannya sebagai pelajar sedikit sebanyak membawa kepada kecemerlangan corak pentadbirannya.
Beliau yang dimaksudkan ialah En Shaari B Hj Salim. Berasal dari Negeri Sembilan, sanggup merantau dan berumah tangga di Negeri Kedah Darulaman demi meneruskan tugas sebagai seorang pendidik.
Kegigihan beliau dan kepakaran beliau dalam pentadbiran telah berjaya membawa perubahan paradigma di kalangan kakitangan sekolah dan kejayaan warga didik Daerah Pendang.Sekolah ini berjaya mengharumkan namanya di Negeri Kedah khususnya dan di peringkat nasional amnya.
Jika tuan-tuan / waris SKP yang ingin berhubung secara terus dengan
Guru Besar SK Pendang ,
Alamatkan E-Mail Anda.
Sila Klik Pada Alamat E-Mail Di Bawah :
OR :